Home Dunia Taiwan dilanda gempa bumi

Taiwan dilanda gempa bumi

Hotel Marshal yang terjejas teruk akibat runtuhan dan retakan . foto Agensi

TAIWAN – Gempa bumi kuat dengan 6.4 magnitud melanda Taiwan, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan lebih 200 lagi cedera.

Bencana alam itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.50 (15.50 GMT) kira-kira 20 kilomter dari perairan pulau timur.

Pasukan kesematan telah berjaya mengeluarkan 150 orang dari hotel dan bangunan kediaman yang sebahagiannya runtuh di bandar Hualien.

Antara bangunan yang terjejas teruk termasuk hospital.

Kira-kira 40,000 kediaman mengalami gangguan bekalan air, manakala lebuh raya dan jambatan telah ditutup.

Media melaporkan aras bawah tanah Hotel Marshal setinggi 10 tingkat runtuh selepas gempa. Tingkat bawah hotel itu yang mempunyai 270 bilik juga runtuh dan keretakan teruk menyebabkan penghuni-penghuninya terperangkap.

Hanya seorang kakitangan hotel berkenaan berjaya diselamatkan manakala ada beberapa lagi yang terperangkap.

“Kami tahu ada orang yang terperangkap sebab nampak lampu dari dalam hotel. Mereka menggunakan lampu telefon sebagai isyarat mereka berada di dalam,” kata seorang saksi.

Tentera telah diarahkan untuk memberi bantuan segera.

Haulien mempunyai 100,000 orang penduduk dan merupakan destinasi pelancongan popular. – MalaysiaGazette