Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look (dua kanan) ketika menyampaikan sumbangan dan melawat pesakit di Wad Pediatrik sempena sambutan Tahun Baru Cina di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Datuk Yew Teong Look gembira kerana dapat melawat pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan berkalanya ini dilakukan setiap tahun dan bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung minggu depan.

Ketika ditemui pemberita selepas melawat 58 pesakit kanak-kanak, Yew berkata, program seperti ini dapat merangsang perasaan gembira bukan sahaja kepada pesakit malah ibu b apa yang dikunjungi.

“Saya merakamkan terima kasih dapat melawat kanak-kanak (Wad Pediatrik) ini setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina memang satu aktiviti tahunan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur.

“Saya berasa manusia mesti hidup dengan cara sihat, jika sudah masuk di sini kita lihat orang sakit kita rasa bertuah,” katanya ketika sidang media.

Beliau turut memberi sumbangan kepada 58 pesakit kanak-kanak yang berada di wad pediatrik hari ini.

Turut hadir pada program lawatan dan agihan sumbangan ialah Pengerusi Lembaga Pelawat HKL, Shamsul Bahari Abdul Aziz dan Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Nor Akma Yusuf. – MalaysiaGazette