ANKARA – Turki menyelar dakwaan Perancis kononnya operasi ketenteraan mereka di Syria menyebabkan kematian orang awam di negara itu.

AFP melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy berkata, tuduhan Perancis bukan sahaja tidak berasas malah tidak bersesuaian dengan mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

Hami berkata, tindakan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian mengeluarkan kenyataan amaran kepada Turki berhubung operasi Olive Branch di Syria menyebabkan orang awam terbunuh.

“Apa yang kami langsung tidak dapat terima dengan kenyataan Le Drian, hanya kerana kami mahu memastikan keselamatan sempadan kami terjaga, nyawa orang awam menjadi taruhan sehingga menyebabkan ramai maut dalam operasi ini.

“Mana asas daripada kenyataan ini? Ini adalah sesuatu yang kami terima sama sekali. Ianya tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai Menteri Luar. Setakat ini belum ada orang awam yang terbunuh.

“Operasi berterusan Turki bertujuan untuk menghalang perang lain berlaku di Syria. Kami fikir sekutu kami dapat memahami hakikat ini dan bukannya seperti yang didakwa oleh mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kelmarin, Le Drian memberi amaran kepada Turki berikutan operasi persempadanan mereka telah menyebabkan orang awam turut terbunuh.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia pula melaporkan sekurang-kurangnya 68 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam operasi tersebut.

Turki bagaimanapun berkeras menolak adanya kemusnahan dan kerugian awam selain mendakwa pihak tenteranya sangat mementingkan keselamatan orang awam di kawasan Afrin.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast