BEIJING – Bank Pusat China berkata, ia telah mengeluarkan wang tunai bernilai 2 trilion yuan (AS$316.28 bilion) untuk tempoh sementara.

Ini katanya bagi memenuhi permintaan wang tunai sebelum cuti panjang perayaan Tahun Baharu Cina.

People Bank of China itu pernah mengumumkan pada Disember lalu yang ia akan membenarkan beberapa bank komersial untuk membuat simpanan sementara rizab yang kurang digunakan bagi membantu mereka menghadapi peningkatan permintaan mendadak disebabkan cuti perayaan.

Cuti perayaan Tahun Baharu Cina akan bermula minggu depan.

Paras kecairan interbank kekal stabil kata PBOC dalam microblog rasminya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast