Home Dunia Dirempuh keretapi ketika swafoto

Dirempuh keretapi ketika swafoto

Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan wanita yang terperangkap di bawah keretapi di stesen Samsen, Bangkok. foto Agensi

BANGKOK –  Seorang wanita terbunuh ketika sedang swafoto dengan rakannya di landasan keretapi.

Rakannya berkata, mereka dipercayai baru sahaja minum arak dan kemudian mahu mengambil gambar dengan keretapi tetapi tidak nampak keretapi sedang menghampiri mereka di landasan satu lagi.

Wanita berusia 24 tahun mengalami cedera parah di kaki dan meninggal dunia di hospital.

Rakan lelaki pula dilaporkan parah.

Insiden itu berlaku di stesen Samsen di Bangkok dan polis sedang menyiasat tentang apa sebenarnya yang berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast