Home Dunia Ketua geng dadah Zetas ditahan

Ketua geng dadah Zetas ditahan

José María Guízar Valencia

MEXICO – Ketua kartel dadah Zetas yang terkenal telah ditangkap di Mexico City.

José María Guízar Valencia yang dikehendaki di Amerika Syarikat pernah ditawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta untuk menangkapnya.

Dikenali sebagai Z-43, dia memiliki dua warga negara – Amerika Syarikat-Mexico, dipercayai menjalankan operasi selatan-timur Zeta.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mendakwa Valencia bertanggungjawab mengimport beribu-ribu kilogram kokain dan methamphetamine ke Amerika Syarikat setiap tahun.

Di laman webnya, Zetas telah membunuh sejumlah orang awam Guatemala yang tidak melalui pengambilan dadah di sempadan Guatemala dengan Mexico dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia ditahan di Roma yang terkenal sebagai bandar kelab dan restoran tanpa sebarang paksaan, kata Ketua Suruhanjaya Keselamatan Negara.

Beliau kemungkinan akan diektradisi ke Amerika Syarikat kerana kegiatan dadah dan pengubahan wang haram.

Zetas adalah geng dadah terbesar di Mexico. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast