Home Dunia 18 terkorban, 50 cedera dalam kemalangan bas dua tingkat

18 terkorban, 50 cedera dalam kemalangan bas dua tingkat

Pasukan keselamatan sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa-mangsa dalam sebuah bas dua tingkat yang terlibat dalam kemalangan di Hong Kong. foto Agensi

HONG KONG – Seramai 18 orang penumpang bas dua tingkat terbunuh manakala 50 lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dan terbalik.

Bas yang membawa penonton dan pekerja dari balapan kuda itu dikatakan gagal hilang kawalan kerana dipandu laju sebelum terbalik di kawasan New Territories.

Beberapa penumpang berjaya keluar dari bas tersebut tetapi yang lain terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba.

Pemandu bas telah ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya.

Beberapa saksi berkata, pemandu yang mempunyai rekod baik dan tahu keadaan jalan telah memandu secara tergesa-gesa untuk mengejar perjalanan penumpang.

Mereka yang maut di tempat kejadian terdiri daripada tiga wanita dan 15 lelaki dan 10 lagi kritikal.

Kemalangan jalan raya jarang berlaku di Hong Kong. – MalaysiaGazette