Shahrir Abdul Samad.

KUALA LUMPUR – Selepas insiden dihalau oleh penduduk kampung di Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad memberi nasihat kepada Lim Kit Siang terdapat adab sebelum seseorang itu masuk kampung.

Kit Siang menuduh UMNO Johor Bahru sebagai punca insiden kekecohan semalam apabila kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru bertindak menghalang dan menghentikan program yang sepatutnya bermula jam 9 malam.

Program malam tadi sepatutnya menampilkan Kit Siang dan Setiausaha PH dan PPBM Johor, Osman Sapian.

“Kalau masuk kampung, ada adabnya,” Shahrir dipetik berkata hari ini.

Dalam satu klip video berdurasi dalam YouTube, para penduduk meminta Kit Siang supaya tidak meneruskan program tersebut dan kedengaran beberapa individu menjerit tidak berpuas hati kepada kedua-dua mereka.

Kekecohan tercetus semasa penduduk berkenaan menghalang pemimpin pembangkang tersebut daripada berucap.
Kit Siang dan dua lagi pemimpin PH itu kemudian beredar dan mengadakan sidang media di tepi tapak ceramah tersebut.

Tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk tersebut, seperti biasa Kit Siang menunding jari kepada UMNO dan meminta Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir menjelaskan mengenai insiden tersebut. – MalaysiaGazette

Tak mahu dengar fitnah, penduduk halau Kit Siang, pemimpin PH