Muhammad Muhd Taib (tengah) bersama Ali Tinu (kanan) selepas perasmian War Room Media Tentera Rakyat di Puchong hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan Selangor merupakan ‘mahkota’ kepada negara dan Barisan Nasional (BN) perlu merampasnya.

“Selangor ini macam crown (mahkota), jadi siapa menguasai Selangor ini dia menguasai crown,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam temubual live FB selepas melancarkan War Room Media Tentera Rakyat (MTR) di Puchong petang ini.

War Room MTR ditubuhkan dikediaman presidennya, Mohd. Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Menurut Muhammad lagi, bagi mendapatkan semula Selangor, jentera BN perlu bekerja keras dan peranan NGO seperti MTR perlu dikerahkan.

“Apa yang berlaku (keburukan pembangkang) tidak mmapu menunjukkan mereka alternatif, rakyat di bandar tak nampak, jadi ini keje MTR buat dari bawah melalui wakil-wakil MTR.

“Jangan silap pilih lagi macam Selangor,” ujarnya lagi.

Beliau dalam masa yang sama juga menempelak sikap pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang yang sukar beralih kerusi setiap kali pilihanraya kerana baginya ia bukti mereka tidak buat kerja.

Lagi pun, kata Muhammad, pimpinan pembangkang sesama Melayu asyik ‘bergaduh’ dan macam mana mereka mahu memperjuangkan Melayu di negara ini.

Beliau dalam masa yang sama menasihati orang Melayu supaya jangan menolak UMNO semata-mata tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau DAP jadi pemimpin untuk Melayu lebih baik UMNO. Tak suka Najib pun fikir jasa UMNO dan BN, kaji balik macamana Najib bina negara ini.

“Takkan pasal Najib sampai tolak UMNO,” katanya.

Sementara itu, Ali Tinju pula memberitahu, wakil-wakil MTR kini sudah berada di seluruh negara dan akan membantu UMNO serta BN dalam PRU-14 ini.- MalaysiaGazette