Home Ekonomi Promosi terbang berdua AirAsia X

Promosi terbang berdua AirAsia X

KUALA LUMPUR – AirAsia X menawarkan promosi tambang dua orang selama seminggu ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii dari harga RM288 sehala termasuk cukai.

Tawaran itu untuk tempahan dari sekarang hingga 18 Februari 2018 di airasia.com, perjalanan serta-merta sehingga 31 Julai 2018.

Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata, syarikat itu memilih beberapa laluan paling popular untuk promosi sepanjang Hari Valentine dan Tahun Baru Cina.

Sepanjang tempoh promosi ini, tambang promosi untuk dua orang bagi tempahan yang sama ke Bali (hanya kod penerbangan AK dan D7) adalah dari serendah RM288 sehala, Jaipur (RM388), Jeju (RM588), Taipei (RM638), Seoul (RM727), Osaka (RM868), Hokkaido (RM888) dan Hawaii (RM1,988). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast