Home Dunia Bom: Lapangan Terbang London dibuka semula Selasa

Bom: Lapangan Terbang London dibuka semula Selasa

Pakar bom tentera laut United Kingdom sedang memeriksa kawasan dermaga tempat penemuan bom Perang Dunia Kedua yang terletak di Sungai Thames. foto Agensi

LONDON – Lapangan Terbang London dijangka dibuka semula esok selepas bom Perang Dunia Kedua dipindahkan daripada kawasan itu.

Bom seberat 500 kilogram itu ditemui di Dermaga George V di Sungai Thames oleh pekerja-pekerja semasa melakukan kerja-kerja praperancangan di lapangan terbang itu.

Serentak itu, semua penerbangan masuk dan keluar di lapangan terbang itu dibatalkan, menjejaskan 16,000 orang penumpang.

Polis telah menyuraikan kawasan seluas 214 meter termasuk laluan penduduk bagi membolehkan kerja-kerja pemindahanbom dilakukan oleh tentera laut.

Bom itu akan dipindahkan dari kawasan asal pada hari Isnin dan dibawa ke lokasi lain dalam lingkungan dermaga.

Lapangan terbang itu kerap digunakan oleh penumpang kelas perniagaan termasuk British Airways, KLM dan Lufthansa kerana ia berdekatan dengan hab kewangan London di Canary Wharf . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast