Timah whisky hot dog
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Undang-undang untuk mengekang berita palsu di laman internet akan dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, antara kandungan draf pembentangan adalah perincian mengenai berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.

“Selain itu, ada yang membangkitkan mengenai penubuhan entiti dan agensi yang khusus untuk menilai mengenai berita palsu dan isu perbezaan berita palsu dengan komen awam dalam media sosial, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Jelas beliau, sebelum ke peringkat tersebut sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita palsu itu sebanyak tiga kali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast