Home Dunia Gagal bayar bil, bayi ditahan lima bulan

Gagal bayar bil, bayi ditahan lima bulan

Bayi yang ditahan selama lima bulan di klinik kerana ibunya gagal menjelaskan bil. foto Agensi

GABON – Seorang ibu lega selepas sebuah klinik swasta di sini akhirnya membenarkan bayinya ditahan selama lima bulan bulan kerana gagal menjelaskan bil kelahiran.

Ibu bayi berkenaan, Sonia Okame memberitahu tindakan klinik berkenaan menyebabkan susu badannya kering.

Kes ini mengejutkan negara dan dia mendapat banyak sokongan orang ramai.

Bil sebanyak AS$3,630 dijelaskan selepas satu kempen bantuan dijalankan.

Presiden Ali Bongo antara penyumbangnya.

Pengarah klinik itu ditangkap pada hari Isnin lalu atas tuduhan menculik bayi, tetapi tuduhan itu dibatalkan.

Ibunya yang membawa bayinya keluar dari klinik berkenaan turut mengadu anaknya tidak diberi vaksin. – MalaysiaGazette