Home Dunia 232 kes norovirus di Pyeongchang

232 kes norovirus di Pyeongchang

PYEONGCHANG – Wabak norovirus yang melanda Sukan Olimpik meningkat kepada 232 kes setakat ini, selepas 33 pesakit disahkan dijangkiti virus itu di beberapa lokasi lain.

Virus tersebut terdahulunya dikesan di pusat remaja yang menempatkan kakitangan, kes terbaharu pula dilaporkan di kediaman pekerja di Pyeongchang dan Gangneung.

Ia merupakan hab utama acara sukan berlangsung.

Jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sung Baik-you dalam pada itu berkata, pihak mereka sentiasa memantau kebersihan dan kualiti air.

“Kami sentiasa memantau kualiti air, selain memastikan kebersihan sentiasa dijaga,” kata jurucakap jawatankuasa penganjur Sung Baik-you.

Setakat ini, tiada atlet dilaporkan dijangkiti norovirus dan pihak jawatankuasa penganjur berkata, pencemaran air di pusat belia Horeb dikenal pasti sebagai punca wabak.

Norovirus mudah merebak dan ia boleh menyebabkan cirit-birit serta muntah.- Malaysiagazette