Orang ramai berkumpul di jalan di Mexico City selepas gampa bumi menggegarkan bangunan-bangunan di bandaraaya itu.

MEXICO CITY – Gempa bumi berskala 7.5 Richter menggegarkan selatan Mexico, menggegarkan bangunan di bandararaya ini untuk tempoh yang berpanjangan.

Pusat gempa bumi itu berhampiran pantai Pasifik di selatan Oaxaca pada kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat. Kawasan tersebut telah dilanda gempa bumi yang menyebabkan kerosakan pada September.

Perkhidmatan perlindungan awam Oaxaca berkata, tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Di Mexico City, bangunan tinggi berayun lebih daripada seminit ketika amaran seismik dibunyikan di seluruh bandaraya itu dan gegeran dirasai sejauh Guatemala di selatan.

Rangkaian televisyen menunjukkan beribu-ribu orang berada berkumpul di jalan di bandaraya itu untuk meraikan Tahun Baharu Cina. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast