Home Dunia Kentut cetus pergaduhan dalam pesawat

Kentut cetus pergaduhan dalam pesawat

Beberapa anggota polis dibawa masuk dalam pesawat Transavia Airlines selepas berlaku pergaduhan dalam penerbangan dari Dubai ke Amsterdam. foto Agensi

SINGAPURA – Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Amsterdam terpaksa mendarat cemas di Vienna selepas seorang lelaki tidak berhenti terkentut hingga mencetuskan pergaduhan dengan penumpang lain.

Transavia Airlines dari Dubai terpaksa mendarat selepas dua lelaki Belanda merungut seorang lelaki tua yang duduk berhampiran mereka tidak henti kentut, menurut akhbar De Telegraaf.

Akibatnya mereka bertengkar dan memaksa seorang kakitangan syarikat penerbangan itu terpaksa campur tangan.

Sebaik sahaja mendarat di Vienna, beberapa anggota polis telah mengiringi dua lelaki Belanda dan dua wanita Belanda-Moroco keluar dari pesawat berkenaan.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan empat penumpang tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat itu kerana berkelakuan tidak sopan dan mengeluarkan perkataan kesat kepada penumpang lain

Keempat-empat mereka terpaksa menaiki pesawat lain untuk ke Amsterdam.

Bagaimanapun nasib lelaki yang terkentut itu tidak diketahui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast