Home Ekonomi TM lantik Mohd Rais sebagai CTIO

TM lantik Mohd Rais sebagai CTIO

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Rais Azhar sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi (CTIO) yang baharu berkuatkuasa 18 Februari 2018.

Beliau menggantikan Datuk Rafaai Samsi yang bersara 14 Februari lalu.

Sebelum ini, Mohd Rais merupakan Timbalan CTIO.

Selain peranan beliau sebagai CTIO yang baharu, Mohd Rais kekal sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat TM, jawatan yang telah beliau pegang sejak tahun 2017.

Mohd Rais menyertai TM pada tahun 1988 dan tahun 2018 merupakan tahun ke-30 beliau bersama syarikat telekomunikasi.

Sebagai CTIO TM, beliau akan bertanggungjawab terhadap Rangkaian, Teknologi Maklumat dan penyampaian, penyediaan dan jaminan teknikal untuk Kumpulan TM, selain merangka strategi, merumus, mengarah dan memimpin pelaksanaan dan operasi organisasi Keselamatan Maklumat.

Ia merangkumi Strategi Keselamatan Maklumat, Reka Bentuk, Kawal selia, Risiko, Pematuhan, Pembangunan, Ancaman Pintar dan Operasi bagi memastikan Kerahsiaan, Integriti dan Ketersediaan aset maklumat Kumpulan TM sentiasa dilindungi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast