Home Dunia Awas abu panas Gunung Sinabung

Awas abu panas Gunung Sinabung

Abu tebal dari letusan Gunung Sinabung. foto Agensi

JAKARTA – Indonesia meningkatkan amaran tertinggi di sekitar gunung berapi Gunung Sinabung di Pulau Sumatera selepas abu mula keluar menjulang lebih 7 kilometer di udara, letusan terbesar pada tahun ini.

Kawasan di sekitar kawah gunung berapi, yang terletak kira-kira 1,900 kilometer (1,181 batu) dari barat laut ibu kota, Jakarta, telah menjadi lokasi larangan sejak beberapa tahun kerana aktiviti gunung berapi yang kerap.

Pusat Nasihat Biro Gunung Berapi (VACC) di Australia memaklumkan abu daripada letusan itu berserakan ke arah utara, barat laut dan tenggara dari Gunung Sinabung.

Indonesia juga menaiktaraf Notis Pemberitahuan Gunung Berapi Untuk Penerbangan (VONA) kepada warna merah iaitu amaran tertinggi.

Katanya, puncak awan abu telah mencapai 23,872 kaki (7,276 meter).

Gunung Sinabung terletak kira-kira 75 km (47 batu) di barat daya Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan.

Ketua Lapangan Terbang, Nur Isnin Istianto berkata, Lapangan Terbang Kutacane di wilayah Aceh telah ditutup tetapi arah angin membenarkan Lapangan Terbang Kualanamu, Meulaboh dan Silangit dibuka. – MalaysiaGazette