Home Nasional 200 graduan kelas pertama JPA diambil PTD

200 graduan kelas pertama JPA diambil PTD

PUTRAJAYA – Seramai 200 orang daripada 750 pengambilan baharu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi 2018 akan dipilih daripada kalangan pelajar cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

JPA berkata, baki pengambilan masih terbuka kepada pelajar lain serta pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan lain.

“Keutamaan ini diberikan atas usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tajaan JPA dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya dapat memberikan sumbangan yang cemerlang juga kepada negara khususnya dalam sektor perkhidmatan awam di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

JPA mengeluarkan kenyataan itu berikutan kekeliruan laporan berkaitan pengambilan pegawai baharu PTD melibatkan graduan kelas pertama JPA. – MalaysiaGazette