Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Balan Mohan beramah mesra ketika hadir pada Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bukit Bintang di Jalan Alor Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Kira-kira 3,000 pengunjung merupakan warga kota menghadiri program Kenduri 1Wilayah Persekutuan (1WP) yang diadakan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini malam ini.

Program diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2018 dan pemilihan program di Jalan Alor merupakan kawasan tarikan dan tumpuan pelancong.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Wilayah Persekutuan memberitahu, program berkenaan masih mengekalkan tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ kerana dapat memberi impak yang positif kepada semua warga Wilayah Persekutuan terutamanya dari aspek meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat serta menambahkan semangat kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warganya.

Hadir memeriahkan program itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan. – MalaysiaGazette