Home Utama SPRM cadang wujudkan indeks rasuah sendiri

SPRM cadang wujudkan indeks rasuah sendiri

Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Indeks Rasuah Khas Kebangsaan sendiri untuk mengenalpasti prestasi kedudukan semasa rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya ya, Tan Sri Zulkifli Ahmad berkata, cadangan mengenai mewujudkan indeks sendiri itu terlebih dahulu akan dibincangkan di peringkat Lembaga Penasihat SPRM sebelum dicadangkan kepada kerajaan.

Ia betujuan untuk mengenalpasti prestasi dan situasi rasuah di negara menurut perspektif rakyat khusus memfokuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa sahaja.

“Kita mesti mendapatkan persetujuan kerajaan untuk melaksanakannya.

“Sudah sampai masanyasatu indeks sendiri dibuat untuk melihat kaedah terbaik menangani rasuah, bukan sekadar indeks persepsi, tetapi dari segi realiti dan objektifnya kita hendak lihat dimana kekuatan dan kelemahannya,” katanya dalam sidang media Akademi SPRM, Jalan Duta di sini.

Beliau terdahulu hadir ke Mesyuarat Lembaga Penasihat Badan Bebas SPRM yang dipengerusikan buat kali terakhir oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Mengulas lanjut mengenai indeks persepsi rasuah Kebangsaan tersendiri, katanya pihak SPRM akan bawa ke cadangan kertas kerja itu ke peringkat atasan (Jemaah Menteri).

“Jika kita melihat Transparensi International yang menentukan indeks persepsi rasuah antarabangsa-Malaysia tidak khusus kepada rasuah sahaja sebaliknya ia melibatkan senario politik, perniagaan dan sebagainya.

“Tetapi kita dengan adanya Indeks rasuah Khas sendiri, kita akan memberi fokus khas terhadap jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan persepsi kata mata rakyat kita sendiri.

“Bagi masa sedikit untuk kami mungkin tempoh masa dua atau tiga bulan akan diselesaikan yang mana kita pada mesyuarat Lembaga Penasihat Badan Bebas SPRM akan datang akan membentangkan segala analisa berkaitan cadangan itu sebelum tindakan sewajarnya,” tegasnya lagi. – MalaysiaGzette.