Home Dunia Majikan bunuh pembantu rumah Filipina berjaya ditangkap

Majikan bunuh pembantu rumah Filipina berjaya ditangkap

Filipina menuntut kes kematian Joanna Demafelis di Kuwait diberi keadialan sewajarnya. foto Agensi

SYRIA – Majikan Joanna Demafelis, pembantu rumah Filipina yang ditemui mati di peti sejuk di Kuwait telah ditangkap di Damascus selepas usaha mengesan dibuat selama beberapa minggu dengan bantuan Interpol.

Mayat Joanna, 29, ditemui di pangsapuri majikannya lebih setahun selepas dia dilaporkan hilang.

Pasangan suami isteri, Nader Essam Assaf dan isteri, Suriah Mona ditahan kerana disyaki membunuh.

Assaf, yang merupakan warga Lubnan telah dipindahkan ke Beirut tetapi isterinya masih dalam tahanan di Damsyik.

Seorang pegawai kehakiman Lubnan berkata, pasangan itu telah meninggalkan Kuwait dan membuat persinggahan “sangat singkat” di Lubnan sebelum mengembara di Syria.

“Lubnan telah meminta Kuwait untuk menyerahkan rekod Assaf,” tambah pegawai itu.

Kematian Demafelis telah mencetuskan kemarahan di Filipina, lantas mengharamkan penghantaran pekerja ke Kuwait.

Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano menyambut berita penangkapan itu, menyifatkannya sebagai “langkah pertama yang kritikal dalam usaha kami untuk mendapatkan keadilan bagi Joanna”.

Mayat pembantu rumah yang ditemui pada bulan ini dalam sebuah apartmen yang telah ditinggal, menunjukkan berlaku kesan-kesan penyiksaan.

Pihak berkuasa Kuwait itu memberi jaminan akan memberi keadilan dalam kes tersebut.

Assaf akan diekstradisi ke Kuwait untuk tujuan pendakwaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast