Gempa bumi di PNG

SYDNEY – Seramai lebih 30 orang maut akibat gempa bumi yang melanda kawasan pergunungan Papua New Guinea, semalam.

Dilaporkan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu berlaku 90 kilometer di selatan Porgera dan diikuti dua gegaran susulan yang kuat.

Pengurus wilayah, William Bando dipetik sebagai berkata bahawa sekurang-kurangya 13 orang dilaporkan meninggal dunia di Mendi manakala 18 lagi dipercayai terbunuh di Kutub dan Bosave.

Manakala akhbar melaporkan kira-kira 300 penduduk mengalami kecederaan selain berlaku kerosakan termasuk tanah runtuh dan mendapan lubang.

Terkini, pasukan penyelamat kerajaan dijangka diterbangkan ke kawasan terjejas hari ini bagi mendapatkan gambaran menyeluruh bencana berkenaan. – MalaysiaGazette