Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular satu audio rakaman suara kononnya  Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui Pas menerima wang daripada UMNO.

Dalam satu rakaman audio selama 59 saat itu, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dikatakan mengaku mengambil duit UMNO atas kerjasama ‘menjatuhkan’ DAP.

“Tok Guru Haji (Datuk Seri) Hadi (Awang) ambil duit UMNO. Ana ambil duit UMNO. Semua (yang dituduh tu) ambil duit UMNO dan kita berjaya antaranya dengan bantuan UMNO.

“UMNO yang menyebabkan kita berjaya dalam 10 hingga 11 aktiviti ini,” jelas suara dalam audio berkenaan.

Bagaimanapun kesahihan suara itu milik Nik Abduh belum dikenalpasti dan beliau sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebelum itu, Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan, Datuk Husam Musa dalam siri ceramahnya ada menyebut mempunyai bukti audio pemimpin Pas mengakui menerima wang daripada UMNO.

Pada tahun lalu, Pas dihambat kontroversi apabila dikatakan menerima sumbangan wang daripada UMNO dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Rakaman audio Nik Abduh itu dipercayai dirakam dalam satu pertemuan tertutup dengan beberapa pimpinan Pas Kelantan baru-baru ini.

Mengikut rakaman itu,  Pas dan UMNO bekerjasama dalam memastikan DAP tidak berpeluang untuk memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang diadakan pada 2016 lalu.

DAP hanya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri itu. -MalaysiaGazette.

2 Komen

  1. Sebagai citizen rakyat Malaysia kami semua booleh cadang & mengkut demokrasi yang di amalkan di Malaysia.Kami semua Malaysian & sama taraf dari segi pandangan & kepercahayaan bahawa kita semua adalah adik -beradik satu famili.Jangan divide & mentadbir.Jauhkan diri dari Pas sebab Lebai2nya sayang wang lebih bukan Allah..Kalau boleh senarai hitamkan tingkah – mereka.

  2. Rakyat Malaysia terutama melayu walaupun beragama islam tetapi terlalu suka bertindak berdasarkan berita yang tidak pasti & tidak tentu sumbernya .. Hati2 jangan bertindak & menuduh tanpa bukti kerana kalau tak betul musibahnya akan kembali kepada kita

Comments are closed.