Home Dunia Papan klip tersumbat dalam pesawat Jetstar

Papan klip tersumbat dalam pesawat Jetstar

SYDNEY – Sebuah papan klip tertinggal semasa pra-pemeriksaan ke atas pesawat Jetstar telah tersedut masuk ke dalam enjin pesawat itu.

Kejadian itu berlaku apabila pekerja darat meletakkan papan klip di atas penutup enjin selepas memasukkan bagasi tetapi terlupa papan klip bersama kertas itu, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Australia (ATSB).

Seorang pekerja yang menjalankan pemeriksaan akhir kemudian ternampak dokumen-dokumen yang tidak kena pada tempatnya, tetapi beranggapan ia akan diambil sebelum pesawat berlepas.

Apabila enjin pesawat dihidupkan, kertas-kertas itu disedut masuk ke dalam enjin dan serpihannya tersembur di atas landasan ketika pesawat berkenaan mengambil kedudukan di atas laluan untuk ke landasan.

Bagaimanapun, tidak ada yang memberitahu krew penerbangan sehingga kapal terbang Sydney berada di udara, memaksa juruterbang untuk berpatah balik ke Auckland.

Pesawat itu diperiksa semula oleh jurutera dan menjumpai kertas di sekitar enjin, serta sekeping logam.

Jetstar yang dimiliki oleh Qantas, beroperasi pada 27 Oktober tahun lepas, telah mengemaskini prosedurnya dengan melarang meletakkan apa sahaja jenis barang di atas penutup enjin, kata ATSB.

“Insiden ini menunjukkan kesan serpihan objek asing dalam enjin pesawat,” kata ATSB sambil menambah serpihan itu boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan pesawat.

“Ia berpotensi menyebabkan kerosakan kapal terbang semasa fasa penerbangan kritikal, kos penerbangan dan lapangan terbang berjuta-juta dolar setiap tahun,” katanya. – MalaysiaGazette