Home Ekonomi Pertumbuhan global kukuh, siap sedia terima perubahan

Pertumbuhan global kukuh, siap sedia terima perubahan

Christine Lagarde

WASHINGTON – Ekonomi global menunjukkan pertumbuhan yang luas, namun landskap itu beralih dengan risiko pertikaian perdagangan, normalisasi dasar monetari dan perubahan teknologi.

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berkata, tabung itu menjangkakan pertumbuhan global mencapai 3.9 peratus pada 2018 dan 2019 berbanding 3.7 peratus pada 2017.

Unjuran itu tidak berubah daripada ramalan awal IMF pada bulan Januari.

Beliau berkata, negara-negara ASEAN sedang bersedia untuk kadar faedah yang lebih tinggi dalam ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagaimanapun, Lagarde memberi amaran bahawa pembuat dasar perlu berhati-hati terhadap kesan kestabilan kewangan dan aliran modal yang tidak menentu.

“Kami tahu kesan ini akan muncul tetapi ia masih tidak tahu dengan tepat setakat mana ia akan menjejaskan syarikat, pekerjaan dan pendapatan,” kata Lagarde.

Negara-negara ASEAN memerlukan model pertumbuhan baru yang memberikan penekanan lebih besar kepada permintaan domestik, perdagangan serantau dan kepelbagaian ekonomi serta mempersiapkan perubahan teknologi seperti automasi dan platform kecerdasan buatan.

Walaupun ini mungkin menghapuskan beberapa pekerjaan, adalah penting bagi negara-negara untuk meningkatkan usaha mendidik pekerja bersedia memanfaatkan tekonologi baru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast