Home Ekonomi IHPR Januari turun 1.2%

IHPR Januari turun 1.2%

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun menurun 1.2 peratus pada bulan Januari 2018, 0.9 mata lebih tinggi berbanding 0.3 peratus pada Disember 2017.

Antara sektor yang mencatatkan penurunan dalam tempoh ini adalah pertanian, perhutanan & perikanan (-13.8%), pembuatan (-0.7%) dan bekalan elektrik & gas (-0.4 %).

Sementara itu, indeks yang mencatatkan peningkatan seperti sektor perlombongan (+8.9%) dan bekalan air (+1.0%), menurut Jabatan Perangkaan.

Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.5 peratus pada Januari 2018.
Peningkatan indeks ini disebabkan oleh kenaikan dalam sektor Perlombongan (+6.3%) dan Pertanian, perhutanan & perikanan (+2.7%).

Sementara itu, indeks bagi sektor pembuatan mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus dan bekalan elektrik & gas sebanyak 0.3 peratus.

Sektor bekalan air pula tidak berubah.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan meningkat 0.5 peratus pada bulan Januari 2018.

Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan dalam indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (+3.5%).

Sementara itu, penurunan dalam indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen (-0.4%) dan barang siap (-0.1%).

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Januari 2018 turun 1.2 peratus.

Penurunan ini didorong oleh penurunan indeks Bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-1.5%), bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-1.0%) dan barang siap (-0.4%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast