Home Dunia Kematian Sridevi tiada unsur jenayah

Kematian Sridevi tiada unsur jenayah

Polis Dubai menutup kes siasatan kematian Sridevi. foto Agensi

DUBAI – Polis Dubai yang sudah melengkapkan siasatan kematian pelakon Bollywood Sridevi dan mengesahkan tidak unsur jenayah.

Lantaran itu, polis menutup kes kematian aktres berkenaan.

Laporan forensik mendapati pelakon berusia 54 tahun itu mati lemas selepas tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di bilik hotelnya di Dubai.

Mayat Sridevi dibenarkan pulang ke rumahnya di Lokhandwala, Mumbai, selepas siasatan lengkap punca kematiannya dijalankan.

Sridevi meninggal dunia di Dubai semasa menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. – MalaysiaGazette