Home Nasional Perkhidmatan tambahan ETS ditarik semula

Perkhidmatan tambahan ETS ditarik semula

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan yang beroperasi pada setiap hujung minggu bagi laluan Sungai Buloh-Ipoh-Sungai Buloh dibatalkan bermula esok.

Pembatalan perkhidmatan itu bagi memberi laluan kerja projek naik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang yang menyebabkan hanya satu platform sahaja boleh digunakan di Stesen Sungai Buloh.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya berkata, pembatalan perkhidmatan tambahan itu dapat meminimumkan gangguan operasi tren.

Katanya, pengguna masih boleh membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan ETS untuk laluan KL Sentral-Ipoh dan sebaliknya melalui 14 perkhidmatan yang ditawarkan setiap hari. – MalaysiaGazette