Home Ekonomi Prestasi perniagaan suku pertama 2018 meningkat

Prestasi perniagaan suku pertama 2018 meningkat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Prestasi perniagaan pada suku tahun pertama 2018 dijangka meningkat dengan petunjuk keyakinan meningkat 12.3 peratus disumbangkan oleh sektor industri (+11.9%), pembinaan (+1.1%) dan perkhidmatan (+20.6%).

Hasil kasar pada suku tahun pertama 2018 juga diramal berkembang dengan imbangan bersih 18.1 peratus, yang mana 30.4 peratus pertubuhan menjangkakan peningkatan manakala 12.3 peratus pertubuhan ramal penurunan.

Dari segi bilangan pekerja, 25.2 peratus pertubuhan meramalkan peningkatan manakala 13.2 peratus pertubuhan meramalkan penurunan pada suku tahun pertama 2018 yang mendorong kepada imbangan bersih sebanyak 12 peratus.

Jabatan Perangkaan berkata, keadaan semasa prestasi perniagaan pada suku tahun keempat 2017 adalah masih positif dengan imbangan bersih keseluruhan 10.6 peratus.

Peningkatan ini sumbangkan oleh sektor industri (+7.1%), pembinaan (+2.2%), perdagangan borong & runcit (+2.2%) dan perkhidmatan (+22.5%).

Hasil kasar pada suku tahun keempat 2017 meningkat dengan imbangan bersih +22.1 peratus di mana 34.3 peratus pertubuhan melaporkan peningkatan manakala 12.2 peratus pertubuhan mengalami kemerosotan.

Dari segi bilangan pekerja, 25.6 peratus pertubuhan menyatakan terdapat peningkatan bilangan pekerja manakala 14.8 peratus pertubuhan melaporkan penurunan.

Secara keseluruhan, imbangan bersih +10.8 peratus bagi bilangan pekerja direkodkan pada suku tahun keempat 2017 berbanding +18.0 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Prestasi perniagaan pada Januari hingga Jun 2018 dijangka meningkat dengan imbangan bersih +17.1 peratus.

Semua sektor iaitu industri, pembinaan, perdagangan borong & runcit dan perkhidmatan dijangka meningkat dengan imbangan bersih masing-masing +15.4 peratus, +17.4 peratus, +7.5 peratus dan +25.0 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast