Home Seni Hidup Terima kasih Malaysia – Neelofa

Terima kasih Malaysia – Neelofa

Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon, Neelofa yang menerima teguran dan kecaman dari pelbagai pihak berhubung pelancaran kontroversi koleksi tudung terbaharunya di sebuah disko, tenang meneruskan kehidupannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram miliknya, Neelofa, 29, masih mengemaskini laman Instagramnya (IG) dengan memuatkan naik gambar-gambar sekitar majlis tersebut seperti biasa.

Antara status yang menarik perhatian adalah Thank you Malaysia (Terima kasih Malaysia) yang ditulisnya.

Apa yang menariknya lagi, Lofa tidak menutup ruangan komen di IG peribadinya, sekali gus membolehkan para pengikutnya terus memberi reaksi terhadap kontroversi yang melanda dirinya.

Ini berbeza dengan selebriti lain yang kebiasaannya laman sosial mereka di ruangan komen akan ditutup. – MalaysiaGazette