TEGUCIGALPA – Bekas wanita pertama Honduras, Rosa Elena Bonilla de Lobo yang untuk sekian lama di landa spekulasi akhirnya di dakwa atas kesalahan menyeleweng dana awam sehingga mencecah jutaan dolar negara ini.

Rosa yang juga merupakan isteri kepada bekas Presiden, Porfirio Lobo dari tahun 2010 sehingga 2014 dipercayai telah banyak menggelapkan wang dalam tempoh tersebut sehingga menyebabkan kemarahan rakyat di negara itu.

AFP melaporkan, jurucakap Mahkamah Agung Honduras, Melvin Duarte berkata Bonilla, 51, ditahan di rumah pasangan itu di Tegucigalpa di timur ibu kota semalam.

Duarte mendedahkan Bonilla dikaitkan dengan penyewelengan dana sebanyak AS$500,000 (RM1.96 juta) yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadinya enam hari sebelum suaminya meletak jawatan sebagai presiden pada 27 Januari, 2014.

Ketua badan anti rasuah, Ana Maria Calderon dalam sidang media tergempar semalam memberitahu, pejabat bekas wanita pertama itu disyaki menggelapkan sejumlah AS$4 juta (RM15.67 juta) antara 2011 dan 2014.

Calderon berkata, pihaknya juga mendapat tahu sebanyak AS$170,000 (RM665,961.53) telah disumbangkan dari Taiwan.

Beliau berkata sekurang-kurangnya sembilan kakitangan yang bekerja untuk Bonilla dianggap terbabit dalam dakwaan penyelewengan itu.

Dakwaan ke atasnya termasuk menggelapkan dana awam, pengubahan wang haram dan sedikit kegiatan jenayah lain termasuk salah guna kuasa.

Majlis Anti rasuah Kebangsaan pula mendedahkan, akaun bank rasmi Bonilla turut menerima sejumlah AS$638,000 (RM2.5 juta) dari agensi negeri untuk kanak-kanak.

“Ada kemungkinan besar Bonilla berdepan dengan denda dan penjara jika sabit kesalahan,” kata Duarte.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast