Filipina menuntut kes kematian Joanna Demafelis di Kuwait diberi keadialan sewajarnya. foto Agensi

KUWAIT CITY – Kuwait secara rasmi telah memohon kepada Lebanon untuk menyerahkan pasangan Syria-Lebanon yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan pembantu rumah warga Filipina, lapor Al Arabiya.

Mangsa, Joanna Daniela Demafelis, ditemui dalam peti beku di Kuwait pada awal tahun ini.

Duta Filipina ke Kuwait, Renato Pedro Villa berkata, Kuwait telah menyediakan dakwaan bunuh terhadap pasangan tersebut, lapor CNN.

Menurut Villa, para pegawai di Kuwait mungkin menyifatkan kedua-dua suspek telah diusir daripada negara tersebut, bagaimanapun terdapat undang-undang tertentu yang boleh diambil bagi menggelakkan arahan tersebut. Kedutaan di Beirut dan Damsyik mungkin digunakan untuk memungkin perkara ini menjadi kenyataan, tambah beliau.

Menurut undang-undang Kuwait, sabit kesalahan dakwaan bunuh dihukum mati. Hukuman itu dilakukan dengan menggantung pesalah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast