Azlan Man

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyangkal kenyataan sesetengah pihak di media sosial yang menuduh beliau melabelkan veteran tentera yang menentang kerajaan sebagai pengkhianat negara.

Katanya beliau yakin, ucapannya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja pada 24 Februari lalu itu ditambah dengan cerita rekaan semata-mata.

“Saya sama sekali tidak menyatakan demikian malah pihak yang mendakwa saya mengeluarkan kenyataan tersebut juga tidak hadir pada majlis itu. Perkara ini boleh disahkan melalui rakaman video yang diambil semasa majlis itu berlangsung,” katanya pada sidang media hari ini.

Azlan berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan dakwaan itu mempunyai agenda politik dan sengaja ditimbulkan ekoran pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Patriot, Mejar Udara (B) Mior Rosli Mior Jaafar mencabar Azlan untuk berdebat atau meletak jawatan setelah menteri besar itu dilaporkan berkata beliau kesal dengan segelintir veteran tentera yang menentang kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast