MOUNT PLEASANT, Michigan – Seorang pelajar universiti menembak mati kedua ibu bapanya di kampus tempat beliau belajar di Amerika Syarikat AS) sebelum melarikan diri dan gerakan mencarinya sedang dilakukan, kata para pegawai.

Kejadian awal pagi menyebabkan Central Michigan University ditutup – yang mana para pekajar terperangkap dalam kelas dan asrama daripada pagi hingga tengahari – manakala polis melakukan pemburuan ke atas lelaki bersenjata api yang berumur 19 tahun itu.

James Eric Davis yang merupakan seorang pelajar universiti masih lagi bebas, lapor AFP.

Dia didakwa membunuh ibu dan bapanya serta seorang pegawai polis dalam kejadian tembakan dalam bangunan asrama di sebuah universiti yang mana jurucakap polis menyifatkannya sebagai ‘isu domestik keluarga’.

Kampus universiti di bandar Mount Pleasant di Michigan tengah ditutup selama beberapa jam selepas kejadian tembakan pada pukul 8.30 pagi selepas pengawai penguatkuasa persekutuan dan tempatan memburu Davis dengan menggunakan helikopter serta anjing polis.

Para pegawai bersenjata menggeledah seluruh bandar itu dan penduduk serta pelajar diminta duduk di rumah dan mengunci pintu.

Pegawai universiti mengumumkan pada pukul 3 petang bahawa polis mengiringi pelajar keluar bangunan.

“Pegawai berpakaian seragam mula membantu individu-individu meninggalkan bangunan kampus. Para pegawai akan memeriksa dari bangunan ke bangunan,” kara universiti itu dalam satu kenyataan..

Davis yang merupakan penduduk negeri Illinois belajatr di universiti di Michigan itu dikenali pegawai penguatkuasa.

Polis membawa dia ke sebuah hospital malam sebelumnya kerana dipercayai terlibat dalam ‘insiden berkaitan dadah – terlebih dos atau bertindak balas daripada dadah,” kata jurucakap polis kampus, Larry Klaus dalam sidang media. – Agensi