Home Ekonomi AS ancam kenakan tarif kereta EU

AS ancam kenakan tarif kereta EU

WASHINGTON – Presiden Donald Trump melancarkan perangnya terhadap tarif perdagangan, mengancam untuk mengenakan cukai ke atas import kereta dari Kesatuan Eropah (EU).

Trump berkata, negara-negara lain telah mengambil kesempatan daripada Amerika Syarikat selama bertahun-tahun kerana tawaran perdagangannya yang “sangat bodoh”.

Perbalahan perdagangan bermula pada hari Khamis lalu apabila Trump berikrar untuk mengenakan tarif yang besar ke atas import besi dan aluminium.

Tindakan Trump itu mendapat reaksi sengit dan kritikan dalam kalangan rakan perdagangan dan dari Dana Tabung Antarabangsa dan Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

Susulan itu, ketua-ketua perdagangan EU dilaporkan telah mempertimbangkan mengenakan 25 peratus tarif sekitar AS$ 3.5 bilion) ke atas import Amerika Syarikat, berikutan cadangan Trump mengenai tarif 25 peratus ke atas keluli import dan 10 peratus pada aluminium.

Mereka turut mensasarkan eksport ikonik Amerika Syarikat termasuk jeans Levi, motosikal Harley-Davidson dan wiski Bourbon, kata ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker.

Sebagai tindak balas, menerusi tweetnya Trump berkata: “Jika EU mahu meningkatkan lagi tarig dan halangan kepada syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang menjalankan perniagaan di sana, kami akan mengenakan cukai ke atas kenderaan yang membanjiri Amerika Syarikat”.

“Mereka menghalang kereta (dan banyak lagi ) mustahil untuk dijual di sana. Ketidakseimbangan perdagangan yang besar!”

“Perdagangan defisit AS$800 bilion dolar kerana urus niaga dan dasar perdagangan kami yang sangat bodoh.

“Pekerjaan dan kekayaan Amerika Syarikat telah diberikan kepada negara-negara lain yang mengambil kesempatan ke atas negara itu sejak bertahun. Mereka ketawa akan kebodohan pemimpin-pemimpin kami. Tidak lagi!,” katanya.

Amerika Syarikat adalah pasaran eksport terbesar EU dengan 25 peratus daripada nilai dagangan sebanyak 192 bilion euro (AS$237 bilion) kenderaan bermotor yang dieksport pada tahun 2016.

Jerman menguasai lebih separuh daripada eksport kereta EU, jadi tarif Amerika Syarikat akan menjejaskan indutri kereta di sana.

Tetapi pembuat kereta Jerman juga membina beratus-ratus kereta di Amerika Syarikat setiap tahun – menyediakan banyak pekerjaan di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast