ACAPULCO – Seorang anggota polis berpengaruh berpangkat komander bukan sahaja di culik malah di perlakukan tidak ubah seperti binatang sebelum di tembak mati tanpa belas kasihan dipercayai di dalangi oleh kumpulan kartel dadah berbahaya.
Menurut AFP, anggota komander polis terbabit dari negeri Morelos, Hector Moreno dipercayai diculik oleh sekumpulan penjenayah ketika sedang bercuti dengan keluarganya di sebuah resort di Acapulco, Mexico.
Bagaimanapun, keluarga Moreno tidak di cederakan sebaliknya kumpulan itu bertindak mengacukan senjata kea rah mereka sebelum di culik dan di bawa ke tempat lain sebelum di bunuh.
Sumber yang enggan di kenali mendakwa, Moreno di katakan agresif dalam membanteras kegiatan dadah di negeri itu sehingga menyebabkan ada segelintir daripada mereka tidak begitu senang.
Guerrero adalah kawasan dengan resort percutian terkenal seperti Acapulco, Ixtapa dan Zihuatanejo tetapi juga antara negeri termiskin dan mempunyai kadar jenayah terancang tertinggi.
Acapulco adalah bandar terbesar di negeri Guerrero, salah sebuah kawasan paling ganas di Mexico dan antara pusat terbesar untuk pengeluaran dadah.
Kerajaan Mexico menghantar tentera untuk memerangi kartel dadah di situ pada 2006 dan pertempuran antara mereka semakin buruk sehingga kini.
Tahun lepas, lebih daripada 25,000 orang dibunuh di Mexico dan merupakan rekod baru.
Jumlah kematian di Guerrero paling tinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 2,318 orang.- MalaysiaGazette