Home Nasional Produk Accuhaler Seretide selamat

Produk Accuhaler Seretide selamat

KUALA LUMPUR – Produk Accuhaler Ventolin dan Seretide yang digunakan dalam rawatan pesakit lelah di United Kingdom (UK) dan pasaran di negara ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, semakan mendapati pada masa ini hanya produk Accuhaler Seretide sahaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL20001532ARZ, manakala produk Accuhaler Ventolin tidak berdaftar dengan PBKD.

Selain itu, produk Accuhaler Seretide di Malaysia adalah dikilangkan di Amerika Syarikat manakala produk yang terlibat dengan tarik balik di pasaran UK adalah kelompok produk yang dikilangkan di UK sendiri, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, katanya, produk Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti dan berkesan dan pesakit asthma yang telah dibekalkan dengan Accuhaler Seretide tidak perlu khuatir atau was-was untuk menggunakan produk tersebut.

“KKM sentiasa mengambil berat akan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk farmaseutikal sebelum produk tersebut diluluskan untuk pendaftaran.

” Pengawasan mutu produk farmaseutikal yang berdaftar di pasaran turut dilakukan bagi memastikan produk tersebut benar-benar selamat,” katanya di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast