Home Ekonomi Belian pelabur asing RM160.9j minggu lalu

Belian pelabur asing RM160.9j minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membuat belian sebanyak RM160.9 juta dalam pasaran ekuiti tempatan minggu lalu berbanding RM190.9 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research berkata, pelabur asing merupakan pembeli bersih pada hari Isnin dan Selasa.

Aliran masuk asing pada hari Isnin berjumlah RM29.9 juta tetapi melonjak kepada RM206.6 juta pada hari Selasa.

Menurut firma penyelidikan itu, belian asing itu selari dengan peningkatan saham-saham perbankan yang melonjakkan KLCI kepada 1,871 mata – penutup tertinggi sejak tahun 2018.

Kenaikan jualan asing pada hari Selasa adalah sselari dengan rakan-rakan Asia Tenggara lain iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina.

MIDF Reasearch berkata, keadaan pasaran global tidak berubah pada hari Jumaat, di tengah-tengah langkah perlindungan Presiden Donald Trump yang memburukkan lagi kebimbangan terhadap pelaksanaan polisi agresif Rizab Persekutuan dan berakhirnya rangsangan monetari Jepun.

“Oleh itu, pelabur asing berterusan menjual saham di bursa pada hari Jumaat sebanyak AS$25.3 juta.

“Malaysia merupakan satu-satunya yang mendapat faedah dalam aliran masuk asing dalam kalangan tujuh negara Asia,” katanya.

Pada bulan Februari aliran keluar berjumlah RM1.12 bilion, yang merupakan bulan aliran keluar pertama sejak November 2017.

Berdasarkan tahun ke tahun, Malaysia telah menarik sejumlah RM2.21 bilion dana asing berbanding RM1.57 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Nilai purata dagangan harian asing (ADTV) melepasi RM1 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama kepada RM1.51 bilion manakala ADTV bagi pasaran runcit pula RM1.18 bilion. – MalaysiaGazette.