Home Dunia Bumbung lapangan terbang Nanchang ditiup angin

Bumbung lapangan terbang Nanchang ditiup angin

Bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Nanchang runtuh selepas angin kencang. foto Agensi

BEIJING – Sebahagian daripada bumbung di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanchang Changbei di China runtuh di tengah-tengah angin kencang dan hujan lebat.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang di pintu masuk Balai Ketibaan Terminal 2 lapangan terbang tersebut, menurut agensi Perkhidmatan Berita China.

Struktur utama terminal tidak terjejas dan jadual penerbangan beroperasi seperti biasa.

Kelajuan angin pada hari itu dilaporkan melebihi 30 meter sesaat.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan bumbung berterbangan dan menghempap kereta-kereta, mengejutkan orang ramai.

Lapangan terbang itu dibuka pada tahun 1999 merupakan lapangan terbang terbesar di Nanchang. – MalaysiaGazette