Home Dunia Kedutaan Guatemala berpindah ke Baitulmaqdis

Kedutaan Guatemala berpindah ke Baitulmaqdis

Jimmy Morales

WASHINGTON – Guatemala akan memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis pada bulan Mei ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Guatemala, Jimmy Morales selepas dua hari kedutaan Amerika Syarikat membuat langkah yang sama.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump yang mengetuai jalan. Keputusannya yang berani telah mendorong kami untuk melakukan apa yang betul,” kata Morales dalam ucapannya di sidang tahunan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel. – MalaysiaGazette