PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan kelulusan permohonan parti UMNO untuk perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi bagi 2017.

RoS dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Menurut RoS, UMNO telah menetapkan supaya pemilihan tersebut diadakan pada 19 April 2019.

“Adalah diingatkan bahawa setiap parti (dan pertubuhan) berdaftar hendaklah menjalankan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast