GUJARAT – Kegembiraan sekumpulan orang untuk meraikan majlis keraian perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila tark yang dinaiki oleh mereka menjunam dari sebuah jambatan di Gurajat, barat India petang tadi dan sekurang-kurangnya 25 terbunuh.

AFP melaporkan antara yang maut serta merta termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak daripada 60 orang dalam trak tersebut.

Menurut jurucakap polis Gujarat, KJ Kadapda, siasatan awal menunjukkan pemandu hilang kawalan menyebabkan trak itu terbabas dari jambatan dan jatuh sejauh lapan meter (26 kaki) ke tebing sungai di negeri Gujarat.

“Daripada 60 orang dalam tark itu, buat masa ini 25 orang maut manakala bakinya dalam keadaan kritikal. Rata-ratanya adalah wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Tambah Kadapda, jumlah kematian mungkin bertambah kerana kebanyakan penumpang terperangkap di bawah trak yang terbalik dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Kemalangan itu berlaku di daerah Bhavnagar, sekitar 200 kilometer dari ibu kota Ahmedabad dan antara lokasi yang dianggap merbahaya kerana kemalangan seumpama itu kerapkali berlaku.

India mempunyai beberapa jalan yang paling berbahaya di dunia.

Lebih 150,000 orang terbunuh setiap tahun dengan kebanyakan kemalangan berpunca daripada keadaan jalan yang teruk, kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan pemanduan yang merbahaya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast