Arturo Vidal

JERMAN – Bayern Munich dilaporkan bersedia untuk memecat bintang tengah, Arturo Vidal di penghujung musim ini.

Situasi itu sekali gus membuka pintu kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Chile tersebut.

Vidal, 30, telah menghabiskan tiga tahun bersama Bayern selepas berhijrah dari Juventus pada 2015.

Dia menjadi pemain penting di Serie A dibawah pengurusan Antonio Conte di Turin.

Kerjasama Conte dan Vidal berjaya membantu Juventus muncul juara gelaran Serie A tiga musim berturut-turut.

Perkembangan semasa Vidal di Bundesliga meyakinkan Conte untuk menurunkan pemain itu di Stamford Bridge akhir musim ini selagi dia kekal menerajui the Blues.

Bayern dilaporkan gembira dan bersedia untuk melepaskan pemain itu selepas menandatangani Leon Goretzka secara percuma dari Schalke.

Kehadiran Goretzka menyebabkan Bayern bersedia untuk menamatkan khidmat Vidal.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast