Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng berkeras tidak akan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung isu terowong dasar laut.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu bertegas tidak mahu memohon maaf kepada Abdul Azeez yang memberi kata dua kepadanya sama ada meminta maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan saman fitnah.

“Minta maaf pada siapa? Azeez Rahim? Tolonglah!” katanya di Parlimen hari ini.

Terdahulu Abdul Azeez yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan saman kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Arahan itu dikeluarkan susulan tindakan Guan Eng yang memfitnahnya berhubung isu terowong dasar laut di Pulau Pinang menerusi laporan berita yang disiarkan oleh media.

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu, surat tuntutan tersebut sudah dihantar ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga kediaman Ketua Menteri, petang semalam.

“Saya bagi tempoh empat hari untuk Guan Eng mohon maaf secara terbuka di depan media atau saya akan teruskan saman fitnah ini,” tegasnya.

Tambah beliau, dalam tuntutan saman yang dihantar oleh peguam kepada Guan Eng adalah supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menarik balik semua kata-kata fitnah terhadap dirinya, Umno dan Tabung Haji termasuk rakyat Baling.

 

Sebelum ini syarikat kontraktor, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd telah memohon maaf dan menarik balik tuduhan rasuah ke atas Abdul Azeez berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.- MalaysiaGazette

Guan Eng diberi tempoh 4 hari tarik balik fitnah – Azeez Rahim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast