Home Ekonomi Rakyat Malaysia belanja RM46b ke luar negara

Rakyat Malaysia belanja RM46b ke luar negara

Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah RM46 bilion ke luar negara, sekaligus menafikan ekonomi negara dalam keadaan teruk.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan berbanding RM41 bilion yang dibelanjakan di luar negara pada tahun 2015.

“Ekonomi kita tidak berada pada tahap teruk, jika tidak rakyat kita tidak akan berbelanja sebanyak itu,” katanya sambil memberitahu peluang pekerjaan juga meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) berhubung persepsi orang ramai mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar negara. – MalaysiaGazette