Home Dunia Penasihat ekonomi Trump pula letak jawatan

Penasihat ekonomi Trump pula letak jawatan

Gary Cohn. foto WSJ

WASHINGTON – Penasihat utama ekonomi Presiden Donald Trump melepaskan jawatannya.

Gary Cohn meletakkan jawatan selepas tidak puas hati dengan rancangan Trump untuk melaksanakan tarif ke atas import keluli dan aluminium.

Cohn merupakan penyokong kepada pelaksanaan perdagangan bebas.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh White House memaklumkan Cohn menyifatkan sebagai satu penghormatan untuk berkhidmat kepada Amerika Syarikat.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan menggubal dasar-dasar pro-pertumbuhan ekonomi untuk memberi manfaat kepada rakyat Amerika, terutamanya pembaharuan cukai.

“Saya berterima kasih kepada presiden kerana memberi saya peluang ini dan berharap beliau dan pentadbirannya berjaya pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas presiden Goldman Sachs itu berusia 57 telah membantu Trump meneruskan pembaharuan cukai akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya bukan ada hubungan rapat. – MalaysiaGazette