WASHINGTON – Sikap berdiam diri Aung San Suu Kyi berhubung kes pembersihan etnik Rohingya membawa ‘padah’ apabila anugerah berprestij Nobel Keamanan yang diberikan kepadanya ditarik balik.

Muzium Peringatan Amerika Syarikat (AS) bertindak menarik semula anugerah hak asasi manusia yang diberikan kepada Suu Kyi kerana didakwa berat sebelah ketika berlakunya penghapusan etnik masyarakat Muslim Rohingya di negaranya.

Suu Kyi yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991 atas perjuangannya menentang pemerintahan kuku besi junta tentera negaranya.

Beliau menerima anugerah ‘Elie Wiesel’ dari muzium itu sebagai menghargai jasa serta sumbangannya yang menentang kezaliman dan meraih kemerdekaan untuk semua rakyat Myanmar.

Bagaimanapun setelah pelbagai kritikan serta tekanan diberikan, muzium itu memutuskan untuk menarik semula anugerah tersebut selepas banyak bukti menunjukkan ikon wanita itu hanya berdiam diri dalam operasi ketenteraan ke atas Rohingya.

“Kita sedia maklum dengan kewajaran keputusan ini. Kami telah menjalankan siasatan sejak awal lagi malah kecewa kerana anugerah itu seolah-olah tiada kepentingan dalam kehidupan sebenar beliau.

“Sejak kezaliman tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingnya didedahkan antara tahun 2016 dan 2017, anda tidak berbuat apa-apa sebaliknya banyak mendiamkan diri.

“Kami sangat berharap anda sebagai seorang individu yang selama ini berjuang untuk kemerdekaan rakyat Myanmar melakukan sesuatu bagi membantu etnik itu dan menentang kezaliman tersebut tetapi anda hanya berdiam diri,” kata kenyataan muzium itu.

Tambah kenyataan tersebut, tindakan Suu Kyi yang menolak untuk bekerjasama dengan pasukan penyiasat Pertubuhan Bnagsa Bnagsa Bersatu (PBB) sangat mengecewakan.

“Tidak cukup dengan itu, Parti Liga Demokrasi turut mengekang media daripada membuat sebarang pendedahan berikutan kezaliman terhadap masyarakat Rohingnya malah mereka di tangkap kerana melaporkan perkara sebenar

“Tindakan zalim tentera khususnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini menuntut anda melakukan sesuatu yang boleh membantu tetapi anda memilih untuk berdiam diri. Anda tidak layak memiliki anugerah ini,” jelas kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast