JAKARTA – Syarikat penerbangan tambang murah, Citilink, akan menawarkan perkhidmatan antara Jakarta dan Pulau Pinang bermula 25 Mac ini.

Ia merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan anak syarikat Garuda Indonesia itu di rantau ASEAN, lapor The Jakarta Post.

Presiden Citilink Indonesia, Juliandra Nurtjahjo berkata, kajian yang dilakukan mendapati Pulau Pinang menawarkan potensi besar kepada syarikat berdasarkan minat pengembaran yang tinggi.

“Ia juga adalah destinasi rawatan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi laluan baharu itu, pesawat akan berlepas dari Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada pukul 9:55 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 1.25 tengah hari.

Penerbangan dari Pulau Pinahg dijangka berlepas pada pukul 2.50 petang dan tiba di Jakarta pada pukul 4.20 petang. – Agensi