KUALA LUMPUR, Sept 29 -- Non Independent Non Executive Chairman Golden Plus Holding Berhad Datuk Abdul Halim Abdul Rauf chairing the 24th Anual General Meeting here, today..The property firm is set to expand its overseas ventures to Vietnam and India by first quarter next year, where the market is less saturated and there is demand for high end property..At the moment Golden Plus is concentrating on its Chinese venture where it has launched its Royal Golden phase two projects, consisting of 10 luxury condominium blocks in Shanghai..-- fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVED

SHAH ALAM – Anggota Dewan Diraja Selangor, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf, 79, meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi ini di kediaman anaknya di Petaling Jaya dekat sini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata Abdul Halim yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen, meninggal dunia akibat penyakit kanser.

“Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas solat asar dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.”

“Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noralis Abdullah dan tiga orang anak lelaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Semasa hayatnya, Abdul Halim pernah dilantik menjadi Anggota Jemaah Pengampunan Negeri Selangor serta Anggota Majlis Agama Islam Selangor.

Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Abdul Halim juga pernah menjawat pelbagai jawatan tinggi lain, antaranya sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast